|
Monday, 05 May 2008 |
|
Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula pada 5 Mei 2008 ini. Semua anak-anak waqafan sibuk untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini. Semoga semua anak-anak waqafan dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan dan seterusnya mendapat keputusan yang baik khususnya bagi pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang mungkin menjadikan peperiksaan ini sebagai persediaan mereka menghadapi Peperiksaan sebenar SPM dan STPM hujung tahun nanti.. SELAMAT BERJAYA |
|
|
Tuesday, 25 March 2008 |
|
Pada 18 hingga 22 Mac yang lepas, seramai 18 orang pelajar telah mewakili KISAS ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Peringkat Zon MSSD Klang. Tahniah diucapkan kepada semua pemain kerana telah berusaha bersungguh-sungguh dan hasilnya KISAS menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut. 
KISAS telah diletakkan bersama SMK Syahbandaraya, SMK Pandamaran Jaya dan ACS di dalam Kumpulan A. Dalam perlawanan pertama menentang SMK Syahbandaraya, pasukan KISAS telah tewas dengan jaringan 0-2. Kekalahan tersebut bagaikan pembakar semangat kepada para pemain dan mereka telah bangkit dalam perlawanan kedua dengan menewaskan SMK Pandamaran Jaya dengan jaringan 2-0 dan Seri dengan jaringan 1-1 dengan pasukan ACS. Dengan keputusan tersebut, KISAS telah mandapat tempat ke dua di dalam kumpulan dan layak ke pusingan ke dua. |
|
Read more...
|
|
|
Wednesday, 12 March 2008 |
|
Keputusan STPM dan SPM 2007 telah diumumkan pada 11 dan 12 Mac 2008. Anak didik bumi waqafan yang telah bertungkus lumus selama lebih kurang dua tahun di KISAS akhirnya dapat menuai hasil penat lelah mereka semalam dan hari ini. Ramai pelajar dari dekat dan jauh datang bersama keluarga tercinta untuk meraikan detik yang penuh bermakna di dalam kehidupan mereka ini. Untuk peperiksaan SPM 2007, seramai 25 orang pelajar KISAS telah memperoleh A dalam semua subjek. Senarai penuh pelajar cemerlang KISAS adalah seperti berikut akan disiarkan secepat mungkin. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Haznah Hamzah turut tidak ketinggalan berkongsi detik gembira ini bersama pelajar walaupun beliau berada jauh di Kota London. Maklumat mengenai keputusan peperiksaan disampaikan melalui sidang video dan beliau turut bertanya khabar dan berbual dengan beberapa orang bekas pelajar KISAS. Beliau, antara lain mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang ini.
|
|
Read more...
|
|
|
Friday, 15 February 2008 |
|
Kolej Islam Sultan Alam Shah akan menganjurkan Hari Mawaddah pada 28 Jun 2008. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada ibubapa untuk bertanya dan berbincang dengan warga pendidik KISAS berkenaan prestasi anak mereka di dalam peperiksaan dan persediaan menghadapi peeriksaan SPM dan STPM khususnya untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas. Diharap Hari Mawaddah ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibubapa dan guru-guru KISAS untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Dalaman dan Peperiksaan SPM dan STPM nanti. Semua ibubapa dijemput untuk hadir. |
|
Read more...
|
|
|
Friday, 15 February 2008 |
|
Selepas kehilangan Ayahanda Pengetua pada Rabu 13 Februari yang lalu, warga KISAS telah dikejutkan dengan pengumuman Cikgu Hamzani bin Suien yang akan turut meninggalkan kita. Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Cikgu Hamzani semasa sesi khabar berita pada 14 Februari 2008. Beliau akan meneruskan perjuangan, bukan lagi sebagai pendidik, tetapi sebagai pegawai di Sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau akan memulakan tugas baru beliau pada Isnin, 18 Februari 2008.
|
|
Read more...
|
|
|
Monday, 11 February 2008 |
|
Pengetua KISAS, Tuan Haji Mohamad Bin Awang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengetua KISAS pada 13 Februari 2008. Beliau telah berkhidmat di KISAS sejak Februari 2007. Tuan Haji Mohamad Bin Awang dilahirkan pada 13 Februari 1952 di kampung Tepus Pauh 5, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pauh 5, Kota Bharu dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Agama Rakyat Madrasah Al-Intisam, Cabang Empat Gunung, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pendidikan Islam (Syariah). |
|
Read more...
|
|
|